Buku Terpilih BeritaKini 2015

Terkini

_________________________________________________________________

Friday, April 23, 2010

Hari Bumi: Dodo Beri Pengajaran


Beberapa abad sebelum ini, ketika sekelompok manusia pertama menjejakkan kaki ke Pulau Mauritius di Lautan India, mereka turut membawa haiwan haiwan domestik seperti kucing, khinzir, burung dan monyet. Kemudian, manusia menebang pokok untuk membuat rumah dan melicinkan kawasan kawasan hutan untuk pertanian sehinggakan habitat dodo terancam. Dodo mempunyai sikap yang menarik. Mereka tidak takut kepada manusia walaupun manusia begitu asing pada pandangan mereka. Burung dodo tidak seperti burung helang, mereka tidak menyerang mangsanya secara ‘kejam’. Disebabkan itulah, pembangunan oleh manusia di kepulauan itu berjalan lancar tanpa gangguan burung dodo, sehinggakan mereka tidak menyedari yang populasi burung dodo sudah menjadi kecil saban tahun secara mendadak. Terdapat juga bukti yang mengatakan manusia ketika itu memburu burung dodo. Buktinya penemuan tulang 2 burung dodo di sebuah gua di Baie du Cap yang diguna oleh golongan golongan hamba untuk dibuat sebagai pelindung.


Walaupun pembangunan manusia yang tidak ‘lestari’ ketika itu dikatakan menjadi faktor pengecilan populasi burung dodo, namun faktor terbesar yang ‘membantu’ ke arah pengecilan populasi burung dodo ialah kehadiran monyet dan khinzir ke kepulauan itu. Monyet dan khinzir telah bertindak sebagai pemangsa manakala burung dodo menjadi mangsanya setiap hari. Disebabkan rantaian makanan tersebut, populasi burung dodo secara terus menerus menjadi kecil secara mendadak setiap tahun.

Sebelum tahun 1700, spesies burung dodo disahkan telah pupus di atas muka bumi. Tarikh tepat kepupusan burung tersebut di dalam perdebatan ekoran bukti bukti yang dilampirkan oleh individu, kumpulan dan ahli arkeologi adalah berbeza. Apa yang pasti, kepupusan burung dodo berpunca dari sikap manusia di kepulauan itu sendiri. Mungkin ketika itu kehidupan seorang manusia lebih penting, dan kesedaran untuk menjaga alam sekeliling masih lagi tiada di dalam jiwa. Oleh itu, hidupan masa kini haruslah dijaga rapi agar sejarah ke atas spesies burung dodo tidak akan berulang lagi.

1 comments:

Anonymous said...

Apa burung dodo buat waktu nampak manuia ????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009