Thursday, September 24, 2009

Rezekinya di sana..

0 comments


Memang Allah Maha Adil, Dia tidak akan mensia siakan segala usaha usaha hambanya ke arah kebaikan. Mungkin bukan sekarang Dia limpahkan rezeki, tetapi mungkin lusa, minggu depan, tahun depan ataupun di akhirat nanti.

Masyarakat amnya sering terlupa, Allah lah yang menaungi segala Ilmu dan rezeki. Kadangkala, individu belajar sehingga lupa hendak sembahyang, kalau sembahyang pun lupa hendak berdoa. Jika berterusan amalan ini, sudah pasti ilmu yang ditimba tidak akan berkat kerana kita sombong untuk meminta kesenangan untuk menimba ilmu daripada Tuan segala Ilmu, Allah Subhanahu Wataala.

Surah Al-A’raf

[96] Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Memang fitrah manusia, yang sinonim dengan lupanya. Oleh itu, sering memperingati antara satu sama lain memang penting dalam apa jua keadaan sekali pun, walaupun sesuatu perkara itu tidak melibatkan agama dan juga perkara yang remeh temeh.

Hakikatnya, kemajuan yang dikecapi negara barat dan BUKAN MUSLIM di Malaysia kebanyakan hasil daripada sifat yang suka menitikberatkan perkara yang remeh temeh. Itulah, setiap bangsa juga mempunyai FI'ILnya yang tersendiri. Bangsa Israel dengan kedegilannya, Bangsa Jepun dengan kerajinannya & disiplin, bangsa Cina pula kaya dengan ketegasannya, Bangsa India mencintai budayanya, dan Bangsa Melayu tertanam dengan keramahannya. Setiap bangsa tidak semestinya sama FI'ILnya. Oleh sebab itulah, sesiapapun sukar untuk mentarbiyah bangsa Melayu menjadi seperti orang Jepun kerana bangsa Melayu tidak mempunyai disiplin dan kerajinan semulajadi seperti bangsa jepun...-(sekadar pandangan, jika ada silap, betulkan)

____________________________________________________________________________________

* Kepada Ammar Shah, semoga diri berjaya di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009