Thursday, March 19, 2009

Pontianak ditemui!!!

Ahli pengkaji Italy mempercayai bahawa mereka menemui saki baki "pontianak " wanita di Venice, ditanam bersama sumbatan bata di celah rahang mulutnya untuk menghalangnya membunuh lagi mangsa wabak yang merebak di bandar ketika abad ke-16.

Matteo Borrini, seorang antroplogist dari Universiti Florence, mengatakan bahawa penemuan di kepulauan kecil di Lazzaretto Nuovo di Venice lagun menyokong kepercayan masyarakat abad pertengahan bahawa pontianak menjadi dalang kepada kemunculan wabak yang dipanggil Black Death.

"Ini adalah kali pertama ahli arkeologi berjaya dalam pembinaan semula rangka upacara penyembahan penebusan puaka Pontianak", kata Borrini kepada wartawan Reuters melalui telefon. "Ini membantu...untuk mengesahkan bagaimana mitos pontianak boleh wujud."

Rangka pontianak telah dibongkar di kawasan orang mati dipercayai mangsa Wabak Vanetian yang merebak pada 1576 di Lazzaretto Nuovo, di mana terletak 2 km dari Venice.

Kebolehan wabak ini yang telah merosakkan Eropah sekitar 1300 dan 1700 menggalakkan lagi kepercayaan kewujudan pontianak, terutamanya penguraian mayat pontianak tersebut sukar untuk difahami, kata Borrini.

Penggali kwasan mayat telah mebuka kembali kawasan penanaman dan mendapati tubuh 'pontianak' mengembung seperti diisi dengan gas, dengan rambut yang masih lagi tumbuh dan terdapat tirisan darah yang meresap di mulut, dipercayai tubuh tersebut masih lagi hidup.

Kain penutup mayat( dalam alam melayu dipanggil kain kapan) yang menutupi muka para si mati kerap kali terkoyak atau diurai oleh bacteria mulut, menampakkan gigi si mati, dan para poontianak telah digelar pemakan kain kapan ketika zaman Black Death.

Menurut kepercayan abad pertengahan dan agama mereka, "undead"(si tidak mati-pontianak) dipercayai menyebarkan penyakit menular, dengan itu mereka akan mengesan mayat yang berjangkit kemudian mereka menghisap saki baki mayat-mayat tersebut sehinggalah para pontianak dapat kembali hidup di dunia.

"Untuk membunuh pontianak, kita perlu membiarkan mulutnya tidak ditutup dengan kain kapan, ini kerana kain kapan ibarat makanan untuk pontianak. Jadi, untuk membunuhnya, perlu diletakkan sesuatu yang tidak boleh dimakan olehnya di celah rahang mulutnya," kata Borrini. " Ianya satu yang agak mustahil di mana penemuan mayat yang diperosok batu/bata di celah rahang ditemui oleh kami, dan ini adalah kali pertama upacara ini ditemui."

(petikan dari UFO BLOGGER)

1 comments:

Anonymous said...

mengerikannnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular

 

BeritaKini Design by Insight © 2009